Home » Langit Terbuka » The 1975 biadap di Malaysia, perlu tindakan tegas

The 1975 biadap di Malaysia, perlu tindakan tegas

Mentri di Jabatan Perdana Menteri ketika Majlsi Perasmian Akademi Daie Muda YADIM di Semungkis, Hulu Langat.

Hulu Langat: Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap penganjur Good Vibes Festival 2023 susulan perbuatan biadap ahli kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang bertentangan dengan budaya ketimuran dan agama diamalkan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan ahli kumpulan itu membuat aksi kurang sopan dan mabuk semasa melakukan persembahan jelas tidak sensitif dan menghormati rakyat Malaysia.

“Yang ini (isu ini) di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan saya difahamkan Menteri KKD, Fahmi Fadzil sudah panggil penganjur.

“Sebagai menteri agama dan menjaga hal ehwal agama, saya bersetuju dan mengharapkan satu tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur. Ini memastikan ia menjadi pengajaran kepada penganjur lain yang berhasrat menjemput kumpulan penghibur dari luar negara menjaga sensitiviti Malaysia,” katanya selepas Perasmian Akademik Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Baharu Institut Latihan Dakwah Yadim di Sungai Semungkis, di sini, tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, semua pihak terutama penganjur harus mematuhi peraturan dan garis panduan sedia ada sebelum membawa masuk mana-mana kumpulan atau penghibur dari luar negara.

“Kita sudah ada garis panduan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut terbabit memberikan pandangan.

“Saya harapkan penganjur yang berhasrat menjemput kumpulan atau penyanyi dari luar supaya mematuhi garis panduan dan peraturan yang ada,” katanya. – Harian Metro.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *