Latihan Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah

LATIHAN Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah melabuhkan tirainya hari ini (9 Julai) untuk 50 peserta yang menyertainya. Sepanjang dua hari menjalani latihan, para peserta diberi pendedahan asas kesukarelawanan menerusi modul dalam dan luar kelas seperti kemandirian, pengurusan bencana dan sesi kawad. Mereka turut diberi pengisian kerohanian oleh Daie Muda YADIM, Ali Azfar […]

Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara

BUAT Julung kalinya YADIM mengumpulkan Rakan Siswa YADIM (RSY) di Zon Utara menerusi program YADIM Murabbi: Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara pada 7 dan 8 Julai. Program ini adalah anjuran YADIM Kedah dan Perlis bersama YADIM Pulau Pinang bertempat di Damai Park Resort Merbok, Kedah. Program ini diadakan bertujuan membina dan memantapkan modul-modul yang […]

Dialog Silang Budaya Masjid Sultan Iskandar

SERAMAI 63 orang dewasa 80 kanak – kanak berbangsa Tionghua menyertai Program Dialog Silang Budaya Membentuk Masyarakat Madani di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pada 8 Julai. Mereka diberikan penerangan berkaitan Islam khususnya mengenai wuduk dan solat. selain ditunjukkan secara praktikal mengenainya. Para pelawat ini juga dibawa melawat ruang utama solat masjid dan Islamic […]

Kitab lama khazanah keilmuan Islam perlu jadi sumber rujukan

JITRA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya kitab lama yang menjadi khazanah keilmuan Islam dijadikan sumber rujukan dalam kehidupan terutama berkaitan adab dan perbezaan pendapat dalam Islam. Perdana Menteri menegaskan, pemahaman mendalam tentang keilmuan Islam diyakini dapat menyelamatkan kekeliruan dan akidah umat Islam terutama dalam kalangan generasi baharu. “Orang sekarang dia tidak rujuk kitab-kitab lama, […]

Arab Saudi mula keluar e-visa umrah

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu. Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030. Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, […]

Ceramah agama perlu mohon kebenaran JHEAIK, maklumkan polis

ALOR SETAR: Polis Kedah menasihatkan semua penganjur aktiviti ceramah termasuk berunsur keagamaan mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama memohon permit kebenaran daripada pihak terlibat. Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pemakluman berhubung aktiviti berkenaan kepada pihak polis perlu dilakukan sekurang-kurang lima hari sebelum tarikh program. “Dalam situasi kemeriahan aktiviti ceramah keagamaan ini, polis meminta semua […]

Taklimat Khas Bersama Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Unit Penyelidikan Dakwah

SELEPAS Dilantik menjadi salah seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM, Datuk Dr. Harlina Siraj sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas ALPA Penyelidikan Dakwah telah hadir mendengar taklimat khas Unit Penyelidikan Dakwah yang disampaikan oleh Dr. Masitah binti Esa pada 6 Jun. Turut hadir adalah Dr. Fatimah Syarha selaku Timbaan Pengerusi. Mereka berdua telah dimaklumkan tentang […]

DMY jangan takut beri idea!

‘Andalah yang diperlukan negara untuk memberi idea baharu dalam kerangka gerakan Islam. ‘Jangan takut beri idea!’. Sebagai pendakwah muda negara, itu yang ditegaskan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 dalam pertemuan bersama mereka pada 4 Julai di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH). Datuk Hasanuddin mengalu alukan […]

Perjalanan ADMY 2023 bermula

HULU LANGAT – Perjalanan sebenar pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) kini bermula. Seramai 28 pelatih ADMY 2023 mendaftar di Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat pada 3 Julai untuk memulakan latihan intensif selama empat bulan. Tinggal keluarga, tinggal saudara untuk episod baru dalam kehidupan mereka. Mereka hari ini diberi taklimat tentang apa […]

Pope ‘jijik’ dengan tindakan bakar al-Quran di Sweden

ROME: Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara. “Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan […]