Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat

PUTRAJAYA – Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, negara kini berdepan dengan cabaran menterjemahkan konsep rahmah dalam bentuk polisi, masyarakat, dan negara dalam memastikan ia merentasi kesemua jabatan dan kementerian di negara ini. Beliau berkata, konsep mengejar kebaikan perlu dikembangkan lagi dan dimainkan peranannya dalam pentadbiran kerajaan hari ini. […]

YADIM anjur Program Fastabiqul Khairat

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan program Fastabiqul Khairat yang merupakan strategi penjenamaan semula produk-produk yayasan itu di bawah kepimpinan baharu, menjelaskan hala tuju semasa Yadim bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil A’lamin. Yang DiPertua YADIM, Nik Omar Nik Abduk Aziz dalam ucapannya hari ini menekankan, Fastabiqul Khairat harus menjadi landasan utama kehidupan masyarakat […]

Tiga panduan utama Yadim sebarkan mesej Islam

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz menekankan tiga teras utama sebagai panduan yang dilihat penting untuk menyebarkan mesej Islam positif kepada semua lapisan masyarakat. Beliau berkata, tiga teras utama tersebut adalah perubahan pemikiran, nasihat-menasihati dan operasi kehidupan yang perlu diterapkan. Katanya, dalam konteks yang dibawa, orang Islam […]

Malaysia pupuk nilai Islam menerusi Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah

KUALA LUMPUR – Malaysia memupuk kebudayaan dan nilai-nilai Islam menerusi mesej rahmatan lilalamin dan maqasid syariah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. “Ia diterjemahkan menerusi tindakan seseorang dan personaliti hebat, yang sekaligus akan membentuk model negara Islam berbilang kaum yang boleh diteladani dunia luar,” katanya semasa berucap di majlis Tilawah dan Menghafaz […]

Jangan suntik racun kebencian atas nama kaum, agama

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah perbuatan menyuntik minda dengan racun kebencian dan menyemai jiwa dengan semangat permusuhan, amat membahayakan, apatah lagi apabila ia dilakukan atas nama kaum dan agama. Baginda bertitah, peristiwa hitam dan berdarah di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu, jelas membuktikan elemen kejutan yang boleh berlaku pada […]

Pertandingan menulis artikel agama tawar wang tunai RM4,000

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000 dengan menyertai pertandingan menulis artikel agama sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-61. Sehubungan itu, mereka yang berbakat dan berminat boleh menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 20 April ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan di laman web […]

Jakim, UPM anjur bengkel berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia

KUALA LUMPUR – Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lawatan dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena program ‘Workshop on Understanding the Fundemental of Halal’ di Kompleks Islam Putrajaya dekat sini. Jakim dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, program anjuran UPM itu berlangsung hampir satu jam bagi […]

Doktor Malaysia khatankan kanak-kanak di selatan Thai

PATTANI – Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur khidmat bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand. Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara telah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu. Beliau berkata, […]

Produktiviti penting untuk kemajuan ekonomi

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gaji tinggi tanpa peningkatan produktiviti tidak bermakna kerana hanya akan membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Perdana Menteri berkata, pakar ekonomi dan perniagaan selalu mengingatkan beliau bahawa produktiviti sangat penting untuk kemajuan ekonomi. Beliau berkata, satu daripada cabaran terbesar ahli perniagaan Malaysia kini ialah meningkatkan produktiviti […]

Keyakinan pendeposit masih kekal utuh

KUALA LUMPUR- Jumlah deposit yang di terima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunjukkan angka yang positif kerana keyakinan pendeposit tetap kekal utuh walaupun institusi itu mengumumkan hibah yang rendah bagi tahun 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata prospek TH yang cerah, tadbir urus lebih baik, tiada lagi […]