Home » Langit Terbuka » Jakim, UPM anjur bengkel berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Jakim, UPM anjur bengkel berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Jakim memberitahu, program anjuran UPM itu berlangsung hampir satu jam bagi berkongsi maklumat berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia. - Foto Mediaadil.com

KUALA LUMPUR – Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lawatan dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena program ‘Workshop on Understanding the Fundemental of Halal’ di Kompleks Islam Putrajaya dekat sini.

Jakim dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, program anjuran UPM itu berlangsung hampir satu jam bagi berkongsi maklumat berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Dalam perbincangan itu juga, peserta turut diberi pendedahan berkenaan fungsi dan gerak kerja Pusat Analisis Halal Jakim turut dikongsi bersama.

“Penuntut dari pelbagai negara Asia Tenggara termasuk Kemboja, Indonesia, Thailand dan Filipina turut menyertai program tersebut,”menurut laman web itu hari ini.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *