Dakwah melangkaui sempadan parti

SEMALAM penulis mengunjungi mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas di pejabat beliau, Institut Pemikiran Tok Guru. Walaupun kelihatan agar uzur, namun Tuan Guru masih ceria bersemangat berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai pelbagai  topik dan isu semasa hampir satu setengah jam. Kunjungan ini adalah sebagai penghormatan […]

PNB institusi merealisasi maqasid

DUA  malam lepas, penulis dijemput Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai ahli panel dalam satu forum khas sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-15 di Pusat Transformasi Luar Bandar, Kota Bharu. Sesungguhnya melihatkan pencapaian PNB setelah 36 tahun ditubuhkan amatlah memberangsangkan. Kini lebih RM267 bilion dana-dana daripada hampir 11.9 juta pelabur kalangan rakyat marhaen diuruskan […]

Bersihkan organisasi dari hasad

SESEBUAH organisasi yang kuat bukan sahaja bergantung pada prestasi kerja dan ketekunan warganya, tetapi juga bebas hasad dengki. Sejarah zaman berzaman membuktikan bagaimana antara penyakit hati paling digeruni kerana kemampuannya meruntuhkan umat ialah hasad. Hasad atau istilah mudahnya dalam bahasa Melayu ialah dengki. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya’ Ulumuddin, hasad ialah satu perasaan […]

Pas Kelantan boleh laksana hudud

SEMALAM penulis berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kelantan dan singgah di sebuah kedai kopi pinggiran bandar Kota Bharu. Terdengar perbualan hebat meja bersebelahan mengenai perlaksanaan hudud di Kelantan. Seorang daripada mereka dengan nada gembira menyuarakan rasa syukur membaca laporan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan […]

Memperkasa pelapis muda negara

KETIKA artikel ini ditulis, penulis dalam perjalanan pulang dari London setelah menghadiri dan menyampaikan ucapan Kelab Umno United Kingdom dan Eire yang menganjurkan konvensyen besar dikenali ‘The First Malaysian Initiative: Reviving The Malaysian Spirit’. Program dihadiri hampir lebih 200 orang yang dianjurkan selama dua hari ini mendapat sambutan hebat daripada pelajar-pelajar yang hadir dari seluruh […]

Usah politikkan musibah MH370

SELURUH rakyat Malaysia masih lagi dirundung kesedihan atas musibah kehilangan pesawat MH370 Sabtu lalu. Sehingga artikel ini ditulis, nasib pesawat yang membawa 239 penumpang masih belum diketahui. Cuma apa yang dikesali masih ada segelintir yang seakan hilang pertimbangan akal budi dan kewarasan sensitiviti mengambil kesempatan buat komentar biadab dalam laman sosial. Tidak kurang juga berlagak seperti […]

Usah sensasikan perceraian

SEJAK akhir-akhir ini satupersatu berita perceraian artis-artis dan orang ternama dilaporkan media massa. Kadangkala terasa seolah-olah berada dalam musim perceraian pula apabila melihat cara media massa saling berlumba lumba membuat pendedahan mengenainya. Dalam media mensensasikan kisah-kisah perceraian pelbagai lapisan golongan masyarakat ini, tanpa disedari fikrah masyarakat mengenai perkahwinan semakin dicelarukan. Satu ketika media begitu taksub […]

Jangan perlekeh institusi agama

MUTAKHIR ini tampak makin menjadi-jadi fenomena memperlekeh institusi agama. Semacam ada suatu usaha bersepadu dan tersusun untuk mempersendakan dan menzahirkan kelemahan institusi-institusi yang mengurus hal-ehwal Islam di negara ini. Dalam teori politik revolusi, pendekatan sebegini dilihat sebagai satu upaya bagi menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap institusi, sekali gus memudahkan agenda perubahan mengikut matlamat yang dicita-citakan. […]

Polemik hukum pelaburan ASB

SUDAH beberapa kali saya menulis artikel dan meletakkan status di Facebook mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN). Namun masih ramai yang bertanyakan penulis perihal status hukum pelaburan ASB dan ASN ini, memandangkan topik ini antara yang terhangat dibahaskan di alam siber. Pertamanya perlu disebutkan bahawa penulis bukanlah orang yang berkelayakan untuk […]

Keperluan tabayyun hadapi fitnah

DALAM artikel lepas saya menulis mengenai wabak penyakit paling serius penyebab kehancuran umat Islam masa kini iaitu fitnah. Rasulullah SAW sendiri pun pernah terkesan dengan peristiwa fitnah paling besar yang melanda isteri tercinta Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah ra yang dikenali sejarah dengan istilah ‘Hadis Ifki’ atau pembohongan besar yang tersebar seolah-olah beliau berlaku curang pada […]