Home » Langit Terbuka » Badan dakwah diseru manfaatkan teknologi digital dekati remaja

Badan dakwah diseru manfaatkan teknologi digital dekati remaja

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022 . - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Golongan pendakwah di negara ini perlu berusaha dengan lebih agresif bagi menghasilkan kandungan kreatif dan interaktif melibatkan isu Islam yang berasaskan fakta dan ilmu.

Gesaan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai memberi cabaran kepada mereka dalam mempelbagaikan teknik berdakwah.

“Kandungan dakwah perlulah disebarkan aktif melalui platform digital dan media sosial seperti Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dengan sasaran khusus kategori remaja.

“Anak muda masa ini selesa berada di wadah saluran tersebut berbanding medium tradisional seperti ceramah di masjid atau surau selain siaran televisyen, radio dan akhbar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada 22 September.

Teks ucapan beliau itu dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang kemudian melancarkan satu lagi penerbitan jurnal terbaharu agensi tersebut.

Terdahulu, konvensyen selama dua hari itu dibuka dengan slot Bicara Tokoh yang julung menampilkan pendakwah antarabangsa terkenal berasal dari India, Dr. Zakir Abdul Karim Naik atau Zakir Naik.

Mengulas lanjut, Idris berkata, cabaran terhadap dakwah semakin kompleks dan merentasi sempadan sejajar teknologi moden berasaskan Revolusi Industri 4.0 dalam era globalisasi.

“Pun begitu, janganlah situasi itu pula melemahkan semangat kita dan sebaliknya organisasi dakwah perlu memanfaatkan teknologi semasa bagi menyantuni golongan muda,” tegasnya.

Usaha sebegitu ujarnya, amat mustahak untuk dilaksanakan dengan segera dan beliau mahu badan dakwah tempatan juga mengorak langkah menyediakan pasukan komunikasi strategik.

Mereka tambahnya, boleh berganding kerjasama dengan pasukan kandungan kreatif untuk misi penghasilan kandungan dakwah melalui wadah media sosial yang masih kurang diteroka.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *