Home » Langit Terbuka » Bajet 2019 bajet pengorbanan

Bajet 2019 bajet pengorbanan

Dijangkakan tiada pengurangan cukai korporat pada tahun hadapan walaupun desakan untuk menurunkannya semakin tinggi selepas beberapa negara jiran telah mula mengurangkan cukai masing-masing

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan Bajet 2019 yang bakal dibentangkannya pada 2 November ini menuntut pengorbanan daripada sektor korporat dan perniagaan.

Katanya, sasaran fiskal yang ditetapkan kerajaan terdahulu tidak realistik menyebabkan kerajaan baharu melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan kewangan negara.

“Dua puluh empat peratus sahaja,” guraunya semasa menyampaikan ucapan di forum Malaysia, A New Dawn di sini hari ini.

Ini sekaligus mengesahkan tiada pengurangan cukai korporat pada tahun hadapan walaupun desakan untuk menurunkannya semakin tinggi selepas beberapa negara jiran telah mula mengurangkan cukai masing-masing sejak beberapa tahun lepas bagi menarik lebih banyak pelaburan.

Guan Eng turut mengulangi kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan akan memperkenalkan satu lagi cukai baharu bagi menambah pendapatan negara.

Cukai tersebut bagaimanapun menurut Perdana Menteri tidak akan menyusahkan rakyat seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataan yang dibuat bossnya itu, Guan Eng berkata, semua pihak perlu berkorban bagi memulihkan semula kedudukan kewangan negara yang terjejas akibat hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Kita memerlukan pengorbanan (daripada sektor korporat), semua (pihak) kena berkorban,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *