Home » Citra Yadim » Dekati Wira Penghantar Makanan.

Dekati Wira Penghantar Makanan.

NIBONG TEBAL – Berpuasa dalam hujan dan panas, menempuh kesesakan lalu lintas, dikejar anjing, melalui jalan yang tidak elok, sesat ketika menghantar pesanan. Demikian sebahagian cabaran dihadapi para penghantar makanan yang bekerja mencari rezeki halal.

Golongan ini tidak disangkal merupakan petugas barisan hadapan ketika kita menghadapi ancaman Covid-19 ketika ini.

Terpanggil menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 9 Mei telah menganjurkan program Kongsi Rezeki Ramadan (Agihan Juadah Iftar Kepada Rider Penghantar Makanan) untuk Parlimen Nibong Tebal di CMart di sini pada 9 Mei.

Sebanyak 100 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada Rider Food Panda, Grab Food dan lain-lain.

Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Nibong Tebal dan YADIM Pulau Pinang.

Hadir ke program ini ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shafie Haji Kassim, wakil komuniti, Mohd Norhiesam Ismail dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Dalam pada itu, YADIM turut mengedarkan risalah dakwah kepada mereka yang mengikuti program ini.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *