Home » Langit Terbuka » Bayar zakat fitrah dalam talian tepati hukum syarak

Bayar zakat fitrah dalam talian tepati hukum syarak

Contoh antaramuka pembayaran zakat secara dalam talian yang kini disediakan. - Foto PPZ

KUALA LUMPUR – Umat Islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, (PKP)

Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang-Undang, Majlis Dakwah Negara, Dr Nurul Haq Shahrir, kaedah bayaran zakat fitrah itu menepati hukum syarak yang ditetapkan.

“Lafaz akad zakat itu sunat, bukan sesuatu yang wajib dan kalau kita tidak melafazkan zakat fidyah yang dibayar tetap sah. Bersalam itu memang tiada dalam syarak ,ia lebih kepada amalan budaya masyarakat.

“Saya rasa antara hikmah PKP dikuatkuasakan adalah kita boleh bezakan mana hukum syarak, budaya dan adat yang sering dikaitkan dengan agama,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Dr Nurul, umat Islam perlu mematuhi aspek penjarakan sosial sekiranya pembayaran zakat fitrah di kaunter biasa dibenarkan.

Antara negeri yang menyediakan pembayaran atas talian adalah Johor dan Perak menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). – Awani

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *