Home » Citra Yadim » Bengkel Penyediaan manuskrip penerbitan buku Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia

Bengkel Penyediaan manuskrip penerbitan buku Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia

BENGKEL Penyediaan manuskrip penerbitan buku Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia telah diadakan pada 7 Febuari di ibu pejabat YADIM, Putrajaya.
Bengkel ini dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah dari Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili Ketua Editorial iaitu Prof. Madya Dr. Mariam Ab Majid, Universiti Islam Selangor.
Mereka merupakan Ahli Jawatankuasa YADIM Research Management Centre (YRMC) di bawah Kumpulan Pakar; Dakwah dan Pendidikan.
Bengkel sehari ini dihadiri oleh tujuh orang penulis dari pelbagai universiti bagi membincangkan tentang mengemaskini gerak kerja dan menetapkan isi kandungan bagi sebuah buku yang akan diterbitkan oleh YADIM.
Buku ini adalah hasil dari enam siri Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) pada tahun 2023.
Bengkel ini juga membincangkan tentang panduan penulisan setiap bab dalam buku, format penulisan serta beberapa tarikh yang perlu diambil perhatian bagi penghantaran draf tulisan tersebut.
Kandungan buku ini mempunyai tujuh bab dengan tema “Transformasi dan nilai sosio budaya dalam gagasan Malaysia Madani”
Diharapkan dengan terbitnya buku ini dapat menjadi salah satu rujukan bagi silibus Pengajian Am dan Ketamadunan Malaysia di semua Institusi Pengajian di Malaysia ini nanti bagi memahami aspirasi, nilai dan amalan Malaysia Madani.
Buku ini dijangka akan diluncurkan pada Mei ini.
YADIM akan meneruskan Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) tahun ini di enam lagi Institusi Pengajian Tinggi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *