Home » Citra Yadim » Majlis Khatam Sahih Al-Bukhari di Kerala, India

Majlis Khatam Sahih Al-Bukhari di Kerala, India

HARI Terakhir Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India menyaksikan delegasi Malaysia dijemput ke Majlis Khatam Sahih Al-Bukhari, bertempat di Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniyya, Kozhikode, Kerala.
Majlis tersebut telah dipimpin oleh Sultanul Ulama, Al-‘Alim Al-‘Allamah, Syeikh Abu Bakr Ahmad Al-Malibari Al-Baqawy.
Turut hadir dalam majlis tersebut para ulama bumi Malibar antaranya:
1. Syeikh Sulaiman Ahmad Al-Musliyar Al-Malibari, Ketua Ulama Malibar.
2. Syeikh Mahdi Saha Al-Chisty
Turut hadir bebarapa orang ulama daripada negara lain antaranya:
1. Syeikh Atabek Shukurov, United Kingdom.
2. Profesor Doktor Syeikh Ghillan, Presiden Darul Fatwa California, Amerika Syarikat.
Mereka juga sempat bertemu Syeikh Sulaiman Al-Musliyar, Ketua Ulama Kerala. Syeikh Sulaiman Al-Musliyyar telah memberikan ijazah kepada sekalian yang hadir dan telah mendoakan kesejahteraan para rombongan.
Mereka kemudiannya dijemput mengikuti Majlis Konvokesyen Jami’ah Markaz Saquafathiya Sunniyya sebagai tetamu kehormat.
Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang telah selesai pengajiannya di Jami’ah Markaz. Mereka akan mendapat gelar As-Thaqafi, nisbah kepada Jami’ah Markaz Thaqafiyyah Sunniyya.
Majlis konvokesyen telah diadakan dengan gilang gemilang dan dihadiri ribuan tetamu, terdiri daripada para ulama, pelajar serta warga tempatan.
Dua pegawai YADIM yang terpilih mengikuti program ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Dr Bashir Mohamed Al-Azhari dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin juga meluangkan masa terlibat sama.
Semoga penglibatan dalam program ini memberi pengalaman dan ilmu baharu yang dimanfaatkan untuk semua di tanah air.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *