Home » Citra Yadim » Berdakwah melalui pertandingan futsal

Berdakwah melalui pertandingan futsal

 

Futsal adalah antara sukan yang paling digemari oleh remaja masa kini dan rata-rata semua daerah di negara ini mempunyai gelanggang futsal sendiri.

Justeru, menyedari hal demikian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menginisiatifkan program I-Futsal iaitu pertandingan futsal yang diselitkan dengan aktiviti dakwah serta menerapkan nilai Islam seperti memakai pakaian menutup aurat, tidak ada unsur perjudian, semangat kesukanan dan persaudaraan.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program I-Futsal diadakan khusus bagi mendekati golongan muda yang sememangnya berminat dengan sukan berkenaan.

“Sememangnya untuk mendekati golongan ini adalah sukar sekiranya dakwah disampaikan secara langsung tanpa ada aktiviti yang mereka minati seperti futsal.

“Dengan sebab itu, kami mengambil pendekatan ini, dengan menerapkan pelbagai mesej-mesej supaya mereka memahami nilai-nilai yang ditekankan dalam Islam di sebalik aktiviti sukan ini,’’ katanya.

Beliau berkata, Kejohanan I-Futsal  Belia Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 16 Disember lalu dengan kerjasama YADIM, Isma Kubang Pasu dan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu.

Dalam program itu, katanya, selain pertandingan futsal, turut diadakan ialah tazkirah santai, edaran risalah dakwah dan solat berjemaah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *