Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Rasulullah Siri 2

Bicara Dakwah Rasulullah Siri 2

KOTA BHARU – Bertempat di Masjid Taman Mesra, Pengkalan Chepa di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan siri ke dua program Bicara Dakwah Rasulullah.

Siri kedua pada 26 Disember ini diadakan dengan kerjasama Masjid Taman Mesra, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Annur serta IKRAM Kelantan.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abdul Halim hadir sama ke program ini.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin, solat Isyak, serta solat hajat.

Dalam ucapannya, Nik Omar menjelaskan serba sedikit tentang sejarah penubuhan YADIM, gerak kerja serta peranannya dari aspek pendidikan dan kebajikan kepada kira kira lebih 100 peserta yang hadir.

Turut diadakan ialah sumbangan barangan keperluan kepada 100 asnaf dari YADIM dan IKRAM Kelantan.

Bicara Dakwah Rasulullah merupakan program santai YADIM turun padang menyantuni masyarakat di negara ini. Siri pertama diadakan pada 29 hingga 30 November lalu di Pasir Mas apabila 40 keluarga menerima sumbangan di Masjid Mahmudi, selain pemeriksaan kesihatan dan ziarah rahmah kepada 10 lagi keluarga.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *