Home » Langit Terbuka » Boleh bayar zakat menerusi MyEG

Boleh bayar zakat menerusi MyEG

KUALA LUMPUR 24 Mei – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menggalakkan orang ramai mengambil kesempatan menunaikan ibadah zakat pada bulan Ramadan melalui pelbagai saluran bayaran yang telah disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, antara saluran yang banyak digunakan oleh pembayar zakat adalah melalui portal yang disediakan oleh MyEG Services Sdn. Bhd. (MyEG).

“PPZ-MAIWP telah melantik MyEG sebagai ejen kutipan zakat sejak 2012 dan ternyata penggunaan portal ini telah memudahkan orang ramai memandangkan masyarakat kini lebih selesa menggunakan perkhidmatan dalam talian.

“Kami berharap MyEG akan terus memberi sokongan seterusnya bersama-sama pihak kami memartabatkan zakat sekali gus membela nasib para asnaf dengan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Bayaran Zakat Menerusi MyEG dan Program Ihya Ramadan 2018 di Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (Stay ATM) di sini, hari ini.

Kempen tersebut berlangsung mulai hari ini sehingga 16 Jun ini dan menawarkan pemberian 10 e-baucar kepada 10 pembayar zakat terpilih yang menggunakan saluran portal MyEG.

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif MyEG, Profesor Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Stay ATM, Brigedier Jeneral Datuk Khalid Hamzah. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *