Home » Langit Terbuka » Peperiksaan murid tahun 1 hingga 3 dimansuh mulai tahun depan

Peperiksaan murid tahun 1 hingga 3 dimansuh mulai tahun depan

Kebanyakan netizen menyokong Tweet Menteri Pendididkan berhubung pemansuhan peperiksaan murid Tahap 1

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan.

Perkara itu dinyatatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di laman Twitternya.

Tinjauan MalaysiaGazette di laman Twitter mendapati para netizen mengalu-alukan perubahan tersebut yang menurut mereka mampu mengurangkan beban murid-murid sekolah rendah.

Malah ada yang mengemukakan cadangan kepada Menteri Pendidikan itu supaya memasukkan elemen kreativiti dan pembelajaran sains yang santai bagi membolehkan murid-murid berhubung secara terus dengan alam semulajadi.

Susulan cadangan Dr. Maszlee itu, ada netizen yang mengimbau pengalaman zaman pembelajaran mereka yang tidak stres dan tidak dibebankan dengan peperiksaan.

Ada kalangan mereka yang teringat aktiviti di sekolah termasuk bermain cop tiang, menangkap belalang ketika waktu rehat berbanding sekarang di mana murid-murid disifatkan lebih sibuk daripada ibu bapa yang bekerja. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *