Home » Langit Terbuka » Bukan Islam tidak perlu takut hukum Syariah

Bukan Islam tidak perlu takut hukum Syariah

KUALA TERENGGANU 20 Ogos – Masyarakat bukan Islam tidak harus takut sehingga perlu campur tangan dalam usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana ia tidak menyentuh soal mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, beliau sedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak bagi memberikan lebih kefahaman mengenai pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Namun, katanya, kesediaan itu bukanlah jaminan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu pun kalangan parti politik tertentu dapat menghalang usaha ke arah mengukuh­kan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Ada yang meran­cang mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan ini, terpulang pada mereka kerana undang-undang negara tidak menghalang perbuatan itu. Kita sudah berjaya membawa usul bacaan kali pertama dan kini tidak ada halangan lagi.

“Jangan membantah dari jauh sebaliknya bersemukalah. Terbaharu kita ada jumpa Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) malah sebelum ini, kira-kira dua tahun lalu kita pernah bertemu dengan DAP.

“Kita tak halang DAP untuk tidak bersetuju dan dia pun tidak boleh nak halang kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Kongres Rakyat Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali. Lebih 500 peserta daripada 50 NGO menyertai kongres tersebut yang antara lain membincangkan segala aspek permasalahan rakyat.

Abdul Hadi pada 26 Mei lalu membentangkan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, namun ada pihak cuba menggambarkan pembentangan tersebut sebagai cubaan untuk melaksanakan hukum hudud.

Perkara itu dinafikan bukan sahaja oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan sendiri, Datuk Daud Moha­mad.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menyelar dakwaan kononnya rang undang-undang itu bersifat umum sekali gus boleh menimbulkan makna terlalu luas dan dikhuatiri menyebabkan masalah lain pada masa depan.

“Ini adalah Perlembagaan, ia mesti umum, orang itu mungkin tidak faham antara Perlembagaan dan undang-undang,” katanya.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *