Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usaha kerajaan memperkenalkan seni Khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun hadapan. Langkah itu disifatkan mampu memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat yang digunapakai oleh generasi dahulu, termasuk dalam urusan urusan rasmi kerajaan. Pihak yang merasa resah terhadap langkah Kementerian […]

PENJELASAN BERHUBUNG ISU MELABEL INDIVIDU

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menyatakan kekesalan atas sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak yang telah mengambil kesempatan mengubah kenyataan Yang Dipertuanya. 2. Ketika sidang media pada 27 Jun lalu, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah menyebut secara umum tentang perlakuan melabelkan gelaran kepada sesetengah pihak yang disifatkannya sebagai kelakuan […]

Kenyataan Media Isu Penghantaran Pulang Dr. Zakir Naik

Prinsip menjamin keadilan adalah salah satu daripada teras Maqasid Syariah yang telah diberi penekanan sama ada secara langsung seperti yang dinukilkan oleh Allamah Ibn Asyur atau tidak langsung seperti Jasser Auda. Jaminan keadilan bagi Islam adalah suatu teras yang wajib dipertahankan sungguhpun kepada bukan Islam. Ini kerana konsep Rahmat dalam Islam jauh melangkaui sempadan agama, […]

Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Majlis Berbuka Puasa Di Kawasan Rumah Ibadat Bukan Islam

1. Tindakan sebahagian pemimpin umat Islam di negara ini yang berbuka puasa di kawasan rumah ibadat bukan Islam telah mencetuskan penzahiran pandangan ekstrem sebahagian daripada umat Islam di negara ini yang bukan sahaja jelas jauh daripada pandangan sebahagian ulama Islam sejak berzaman, malah mencanggahi amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan ulama dan umat Islam pada zaman […]

Berbuka puasa di rumah ibadat agama lain

Kenyataan Berhubung Isu Berbuka Puasa di Gurdwara Sahib Isu berbuka puasa di Gurdwara Sahib yang merupakan tempat ibadat penganut agama Sikh di Johor menjadi polemik dalam negara ini. Ramai yang mengecam dan ada juga mufti yang telah memberikan pandangan. Tulisan ini bukanlah mahu menyanggahi mufti tetapi sekadar ingin membicarakan isu ini secara ilmiah luar dari […]

Memahami Makna Aidilfitri

Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di Malaysia dengan ucapan syukur kepada Allah SWT kerana berjaya melepasi ujian berpuasa selama sebulan. Perlu ditegaskan bahawa perayaaan Aidilfitri sejati merupakan satu kemenangan secara batiniah atau rohaniah kepada umat Islam. Justeru itu ia harus direfleksikan […]

Elak Kemalangan Di Musim Perayaan

SAMBUTAN hari raya di kampung telah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia . Namun,dalam keghairahan untuk pulang ke kampung, persiapan mental dan fizikal perlulah dilakukan agar perjalanan menjadi selamat. Dalam hal ini, YADIM ingin mengambil kesempatan memberi nasihat kepada pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati kerana potensi berlakunya kemalangan adalah […]

Hikmah dan falsafah Nuzul al-Quran

Peristiwa teragung dan paling istimewa dalam sejarah umat Islam ialah pada malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 17 Ramadan. Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati. Dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3-4, Allah berfirman yang bermaksud,  “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan […]

Iktibar Di Sri Lanka : Yadim Ajak Kekalkan Keharmonian

 PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengajak seluruh masyarakat Malaysia mengambil iktibar terhadap kejadian pengeboman di tempat ibadah di Sri Lanka sehingga mengorbankan lebih 200 orang, bahawa betapa pentingnya keharmonian dan kedamaian dikekalkan di negara ini.