Home » Kenyataan Media » Ekspo tatu tidak wajar, kesopanan jangan digadaikan

Ekspo tatu tidak wajar, kesopanan jangan digadaikan

Ekspo tatu tidak wajar, kesopanan jangan digadaikan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berpandangan penganjuran Malaysia Tattoo Expo 2019 di Kuala Lumpur tidak wajar diadakan di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Walaupun mungkin ada yang beranggapan penganjuran program seperti ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan, namun YADIM berpandangan nilai moral, akhlak dan kesopanan adalah sesuatu yang tidak wajar digadaikan untuk laba yang sedikit bahkan tindakan penganjuran seperti ini adalah satu tindakan yang boleh mensabotaj imej kerajaan pada hari ini.

Keunikan budaya dan lokasi lokasi menarik di negara ini, lebih utama ditonjolkan bagi menarik kedatangan pelancong ke sini.

Penganjuran program Malaysia Tatoo Expo 2019 secara terbuka, malah dipromosikan pula kepada umum mengundang pelbagai persepsi negatif daripada masyarakat.

YADIM juga menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf bahawa penganjuran sesuatu program yang dirasakan sensitif, perlu diadakan secara tertutup dan menurut undang undang.

Di saat negara menguar-uarkan ia ditadbir berasaskan gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah, penganjuran program seperti tersebut dilihat seperti sengaja cuba untuk menjejaskan imej kerajaan terutamanya program yang memaparkan kelakuan tidak senonoh yang boleh dilihat oleh segenap lapisan masyarakat.

YADIM melihat pihak kementerian perlu bertegas dengan penganjuran program yang menggunakan nama kementerian sama ada dengan atau tanpa kebenaran.

Sebarang bentuk program yang dianjurkan walaupun atas nama keterbukaan dan kebebasan dalam era Malaysia Baharu perlu dikawal dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat secara umum.

Hakikatnya dalam Islam tiada kebebasan mutlak. Yang adalah kebebasan yang dipandu syariat.

YADIM pada masa yang sama menyambut baik tindakan pantas MOTAC yang akan mengambil tindakan terhadap penganjur ekspo itu susulan peragaan tidak sopan diadakan pada acara tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *