Sampai juga ke sini bantu kami…

JOHOR BAHRU – “Saya ingat tiada siapa mahu datang bantu kami ketika PKP, tetapi YADIM datang juga sampaikan bantuan. “Berbanyak terima kasih kami ucapkan, saya tak pandai nak cakap panjang panjang, tapi terima kasih banyak atas bantuan ini,”kata Pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Haji Md Sharipin Shahlan ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah […]

YADIM santuni komuniti Tiong Hua warga emas sempena Tahun Baru Cina

JOHOR BAHRU – ‘Hao, Hao’ (bagus, bagus)… ujar seorang warga emas di Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, sebaik menerima paket Ang Pao. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya selepas menerima paket merah mengandungi sedikit sumbangan itu. Dari kejauhan kelihatan dia teruja dengan kedatangan kami ke pusat jagaan warga emas itu. ‘”Gong Xi Fat Choi […]

Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah

HULU TERENGGANU – Dengan Covid-19 yang masih menular, kehidupan golongan B40 di kawasan ini nyata sukar. Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah di kawasan ini. Pada 11 Februari, sebanyak 15 keluarga penoreh disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni adalah dari Kampung […]

Nasi Beriani untuk frontliners

SEBERANG JAYA – Sebagai menghargai usaha petugas barisan hadapan di kawasan ini menangani penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pulau Pinang pada 11 Februari telah menyantuni mereka dengan pemberian nasi beriani. Sebanyak 50 bungkusan diserahkan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya sekitar kawasan ini. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Balai Polis Seberang Jaya, […]

Yadim Kelantan santuni kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

KOTA BHARU – Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni sebanyak 16 keluarga Tionghua di sekitar bandar ini pada 11 Februari. Majoriti yang disantuni merupakan golongan B40 yang memerlukan bantuan. Empat daripada daripada mereka pula merupakan saudara baharu. Sumbangan yang diserahkan berupa barangan keperluan makanan asas. YADIM […]

YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini. Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma […]

YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu

PENGKALAN BERANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turut tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf di negeri ini yang memerlukan pembelaan serta terkesan dengan penularan Covid-19. Empat kawasan di santuni hari ini (10 Februari) iaitu di Pengkalan Berangan, Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Di Pengkalan Berangan sebanyak 30 keluarga penoreh getah menerima sumbangan […]

Pesakit Talasemia cilik terima sumbangan PBNS

PAPAR – Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar di sini, yang menderita penyakit Talasemia, hari ini (10 Februari) menerima sumbangan untuk meringankan beban keluarganya. Awang Rafizul Qhusairy Ag Rahim, 12 dikesan mengidap penyakit tersebut ketika berusia tiga bulan dan sejak dari itu, keadaan kesihatannya menjadi tidak menentu. Baru baru ini, ibu bapanya telah membeli sebuah […]

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini. Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, […]

YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman […]