YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman […]

YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari. YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada  lima […]

Hari kedua Konvoi Kebajikan YADIM – RTM

KUDAT – Selepas menyantuni komuniti Dusun Bonggi di Pulau Banggi, para peserta Konvoi Kebajikan YADIM – RTM pada 9 Februari telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah  di sini. Pusat tersebut menempatkan seramai 20 anak anak yatim yang memerlukan pembelaan. YADIM telah menyampaikan sejumlah barangan keperluan harian bagi menyantuni para penghuninya. Para peserta rombongan […]

“Saya terima apa saja…”

NIBONG TEBAL – Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baharu dilahirkan berterusan tidak sihat. Mengalami sawan ketika berusia empat bulan, Adam Alif, 10 bulan kini mengalami masalah di bahagian otak serta tidak dapat melihat selain berkemungkinan diserang sawan pada bila bila masa. Ibunya, Iffah Fuzana Jesni hanya bekerja di warung goreng pisang […]

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir Serian

SERIAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawakdan Sukarelawan YADIM Kuching pada 8 Februari telah berkunjung ke daerah ini bagi menyantuni mangsa mangsa banjir. Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang pertama dilawati adalah Dewan Masyarakat Serian yang menempatkan 148 mangsa daripada 52 keluarga. YADIN Sarawak telah menyampaikan 52 pek makanan kering kit pembersihan peribadi dan lampin […]

PULAU BANGGI – Sebaik mungkin kami berusaha menyantuni semua yang memerlukan dalam usaha dakwah. Kami mungkin tidak popular, sumbangan kami juga mungkin tidak besar, tetapi kami ada. Mengambil semangat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah hari ini (8 Februari) menempuh perjalanan sejauh 186 kilometer untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti Dusun Bonggi di Kampung Kalangkaman. […]

YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 7 Februari telah melaksanakan Program Yadim Peduli untuk mangsa banjir dan asnaf hari ini di dua lokasi. Seramai 5 orang kakitangan terlibat iaitu Penolong Pengarah YADIM Sarawak dan empat Sukarelawan YADIM Sarawak. Lokasi pertama program ialah Kampung Simpang Tiga di sini. Di lokasi ini, YADIM Sarawak […]

Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas

SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya. Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program  YADIM di sana sebelum ini. […]

YADIM Peduli Parlimen Bagan.

BAGAN – Sikit tanda ingat, banyak tanda ada. Mungkin tidak akan menyelesaikan semua masalah, namun sedikit sebanyak diharap mampu meringankan beban. Pemberian sumbangan kami tidaklah banyak jumlahnya, namun InsyaAllah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan konsisten menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 6 Februari, sebaik selesai menyantuni Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di kawasan Padang […]

YADIM sampaikan sumbangan kepada peneroka mangsa kebakaran di Jengka 8

JERANTUT – Sudah jatuh ditimpa tangga, sudah kering terjemur pula. Demikian nasib seorang peneroka, Shaari Ahmad dari Felda Jengka 8 di sini. Warga emas ini merupakan mangsa banjir yang melanda Pahang baru baru ini, dan kini kediamannya hangus terbakar musnah sama sekali. Dia dan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang ekoran kejadian itu. Mujur dalam kejadian […]