Hari Terbuka YADIM setiap 6 bulan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Hari Terbuka YADIM setiap enam bulan, kata Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. “Penganjuran program tersebut adalah salah satu usaha merakyatkan YADIM serta inisiatif mendekatkan badan dakwah ini dengan masyarakat. “Negeri Kedah akan menjadi lokasi seterusnya program tersebut,” ujar beliau. Ustaz Nasrudin berkata demikian […]

Hari Terbuka YADIM bermula hari ini (25 September)

KOTA BHARU – Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di bandar raya ini bermula hari ini (25 September). Program dengan kerjasama pelbagai agensi negeri ini dan persekutuan itu diadakan di Dewan Jubli Perak dan Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di sini. Program hari ini akan bermula dengan sesi Townhall Bersama Menteri di Jabatan Perdana […]

11 IPT, institusi pondok tandatangani MoU dengan YADIM.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 institusi pengajian tinggi dan satu institusi pondok menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 September. Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr Noraini Ahmad dalam satu majlis di sini. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua […]

Peserta Kursus Asas Daie Orang Asli kunjungi ibu pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 20 orang peserta Kursus Asas Daie Orang Asli Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dibawa mengunjungi ibu pejabat badan dakwah ini di sini pada 22 September. Inisiatif oleh Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM ini bertujuan memberi pendedahan tentang operasi dan gerak kerja badan dakwah ini. Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian […]

Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan. Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan […]

Himpunan NGO Islam di Putrajaya anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Hampir 350 pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) menghadiri program perjumpaan khas bersama kepimpinan negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 19 September. Program Perjumpaan Khas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri, Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) […]

Kunjungan UniSHAMS kepada TYDP YADIM

PUTRAJAYA – Pada 15 September,  Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Dalam pertemuan selama sejam itu, (UniSHAMS) diwakili oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Aqli Ahmad. Kunjungan ini bertujuan untuk […]

Mengiktiraf Peranan NGO Islam

Pada 19 September ini, hampir 300 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini akan berhimpun dan mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan negara. Pertemuan itu merupakan detik bersejarah dan amat penting dalam memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan NGO Islam di negara ini dalam pelbagai aspek termasuk memacu pembangunan negara. Sememangnya, peranan NGO Islam ini […]

Kunjungan hormat kepada Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA – Satu kunjung hormat telah diadakan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr. Noraini Ahmad di pejabat beliau di sini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 14 September. Selain bertujuan memberikan perkembangan terkini program YADIM yang melibatkan kementerian beliau, ia juga adalah untuk meninjau sebarang peluang kerjasama yang boleh dijalin bersama oleh […]

Pertemuan sulung Pengerusi Jawatankuasa Khas dengan warga SPPA

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan, Penerbitan & Antarabangsa (SSPA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa pada 14 September telah mengadakan pertemuan dengan warga kerja sektor berkenaan. Pertemuan selama sejam di ibu pejabat YADIM di sini, bertujuan mengenali dengan lebih dekat dan terperinci fungsi serta gerak kerja sektor […]