YADIM Bersamamu di AADK Kuala Muda

KUALA MUDA – Seramai 40 Orang Kena Pengawasan di Pusat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini menyertai program motivasi kerohanian anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Program YADIM Bersamamu selama dua jam bermula pukul 9.15 pagi ini menampilkan pakar motivasi dari Ultimate Success Consultancy, Ustaz Rosmanizam Rosdi yang memberikan ceramah bertajuk “Sempurnakah Solatku”. […]

Inisiatif Pelancaran Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serentak di 7 daerah

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan pada 13 September melancarkan inisiatif menarik orang ramai menyertai gerakan itu secara serentak di tujuh daerah di negeri ini. Pelancaran di Seremban, Port Dickson, Jempol, Tampin, Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah ini disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Prof. Dato Dr. Mohd Fakhrudin bin […]

YADIM di Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor

KULAI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor turut menyertai Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Raya Putra, di sini. Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni Mohammad itu bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan jabatan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di negeri […]

Kunjungan hormat Dato’ Dr Mohd Fakhrudin kepada TYT Melaka

AYER KEROH – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti pada 11 September telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Kunjungan kepada Tun Mohd  Ali di pejabat beliau di sini, turut disertai oleh Pengarah Kanan Sektor […]

Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan

JERAI – Pejabat Agama Daerah Yan, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 9 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan. Dengan objektif memberi pendedahan terhadap program baru yang boleh dilaksanakan untuk memberi impak kepada usaha dakwah, program sehari ini telah diadakan di […]

YADIM mahu tingkat kerjasama dengan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara badan dakwah ini dengan kerajaan negeri Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut, YADIM sedia menghulur tangan bagi mengadakan hubungan strategik dengan kerajaan negeri ini, khususnya dalam usaha melestarikan gerakan dakwah. Ia antara hasrat yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]

Bicara Dakwah Rasulullah mulakan program lawatan kerja YADIM di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program ‘Bicara Dakwah Rasulullah : Dakwah Dalam Berniaga’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu memulakan program badan dakwah itu di negeri ini pada 10 September. Ucaptama dan perasmian program disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]

Perbincangan gerak kerja dakwah bersama PERKIM Kelantan

KOTA BHARU – Gerak kerja dakwah lebih berkesan dilaksanakan sekiranya ianya dilakukan secara bersama, dengan melibatkan pelbagai pihak bagi memaksimumkan impak dan keberkesanannya. Bagi mencapai tujuan tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini pada 9 September. Ia turut dihadiri oleh ilmuan ilmuan Islam negeri berkenaan, […]

Kunjungan Hormat Kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Yang Dipertua YADIM,Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 8 September. Lawatan ini adalah antara usaha […]

Mesyuarat pertama ALPA YADIM yang baharu dilantik

PUTRAJAYA – Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu dilantik hari ini (7 September) mengadakan mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat badan dakwah itu di sini. Seramai 10 ALPA termasuk Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti bersama Ketua Pegawai Eksekutif […]