Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat Dato’ Dr Mohd Fakhrudin kepada TYT Melaka

Kunjungan hormat Dato’ Dr Mohd Fakhrudin kepada TYT Melaka

AYER KEROH – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti pada 11 September telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Kunjungan kepada Tun Mohd  Ali di pejabat beliau di sini, turut disertai oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Penyelaras YADIM Melaka, Muzaffar Abd Rahim.

Bertujuan menjalin kerjasama dan hubungan baik antara kedua pihak, perbincangan bersama YADIM ini antara lainnya menyentuh tentang usaha memperkasakan gerak kerja dakwah di negeri ini.

Tun Mohd Ali turut menyatakan hasrat agar usaha dakwah itu melibatkan golongan muallaf agar ia dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada golongan sasaran.

Beliau turut berharap YADIM akan dapat menjalin hubungan dengan badan bukan kerajaan Dunia Melayu Dunia Islam, selain membuka pejabat operasi di sini.

YADIM ketika ini sememangnya aktif melaksanakan program di negeri ini. Antara yang paling kerap mengadakan kerjasama dengan YADIM ialah Penjara Dusun Dato’ Murad di sini selain stesen radio Melaka.FM.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *