Home » Citra Yadim » Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan

Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan

JERAI – Pejabat Agama Daerah Yan, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 9 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan.

Dengan objektif memberi pendedahan terhadap program baru yang boleh dilaksanakan untuk memberi impak kepada usaha dakwah, program sehari ini telah diadakan di Dewan Pejabat Agama Daerah Yan di sini dengan dihadiri oleh kira kira 200 orang peserta terdiri daripada pegawai masjid Daerah Yan.

Ia juga bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme pegawai masjid, Guru KAFA dan Guru Takmir ketika menjalankan tugas.

Program ini turut dihadiri oleh Syeikh Mohd Naem Ahmad Pegawai Agama Pejabat Agama Daerah Yan.

Dekan Fakulti Syariah & Undang Undang, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Dr. Aqli Ahmad telah membentangkan kertas kerja bertajuk Masjid Sebagai Ejen Dakwah.

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *