Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Rasulullah mulakan program lawatan kerja YADIM di Terengganu

Bicara Dakwah Rasulullah mulakan program lawatan kerja YADIM di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program ‘Bicara Dakwah Rasulullah : Dakwah Dalam Berniaga’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu memulakan program badan dakwah itu di negeri ini pada 10 September.
Ucaptama dan perasmian program disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan.
Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang, Amalina Abdul Rahman, Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan, Amanah Ikhtiar Malaysia Terengganu dan Penolong Pengarah Kanan Pengajian Tinggi Yayasan Islam Terengganu, Ustaz Mohd Ezri bin Abd Rahman selaku penceramah jemputan.
Ia diadakan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Lebih 100 orang menghadiri program ini yang diadakan di Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Ia merupakan sebahagian pengisian daripada lawatan kerja dua hari Ustaz Nasrudin ke Kelantan dan Terengganu.
Selepas merasmikan program ini, Ustaz Nasrudin mengetuai delegasi YADIM mengadakan pertemuan dengan Menteri besar Terengganu, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *