Mendaki Bukit Nosorob antara pengisian Ziarah Kasih di Ranau

RANAU – Seramai 60 peserta menyertai acara mendaki Bukit Nosorob di sini anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 6 September. Ia merupakan sebahagian daripada pengisian untuk program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Karanaan di sini yang berlangsung sejak 4 September lalu hingga 6 September. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Pelanggan […]

Timbalan Menteri di JPM dan YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa

PENGKALAN CHEPA – Banduan di penjara merupakan individu yang diberi peluang kedua untuk mengubah kehidupan mereka. Ini menjadikan mereka sebagai antara golongan yang tidak sewajarnya diketepi atau dilupakan dalam gerak kerja dakwah. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa di sini pada setiap bulan sebagai usaha […]

Ziarah Kasih di Kampung Karanaan

RANAU – Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam dakwah. Menyahut seruan dakwah yang kini perlu dilakukan secara kreatif dan pelbagai, YADIM Sabah telah dan akan meneruskan Program YADIM Peduli: Ziarah Kasih samada di kawasan bandar mahupun kawasan pedalaman negeri ini. Siri terbaharu program ini ialah di Kampung Karanaan di […]

Dimuliakan usaha mencuci masjid

PENGKALAN CHEPA – Usaha membersih dan menceriakan masjid, seperti yang dilaksanakan pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan suatu tugas mulia dan wajar diberikan pujian. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Marzuk Shaary berkata, tugas mulia ini dihargai kerajaan sekarang, justeru mulai tahun ini diadakan Anugerah Tokoh […]

Beri Penekanan Kepada Akidah

PEKAN – Gerak kerja dakwah di negara ini perlu memberi penekanan kepada aspek akidah dan tasawuf kerana ia merupakan aspek penting dalam menjadi benteng serangan pemikiran generasi akan datang. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Serdang

BANDAR BAHARU – Usaha mendekati dan menyantuni golongan yang menjalani pemulihan daripada dadah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berjalan. Terbaharu pada 2 September, YADIM Kedah telah mengadakan program YADIM Bersamamu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang di sini. Program selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu diadakan di surau PUSPEN Serdang […]

Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Tuan Haji Yusoff Abu Bakar melengkapkan jadual padat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 26 Ogos. Mewakili YADIM dalam pertemuan selama lebih sejam itu ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras […]

Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

BUKIT MERTAJAM – Community Aids Service Penang (CASP) merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan pesakit AIDS yang memerlukan bantuan di sini. Prihatin dengan usaha ini yang memerlukan sokongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Ogos tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada rumah ini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin […]

Ziarah muhibah keamanan YADIM diteruskan ke gereja besar St Anne Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Usaha mempromosikan kesejahteraan rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke Gereja Besar St Anne di sini. Kunjungan pada 26 Ogos itu membawa misi merapatkan hubungan antara kaum di negara ini selain menjelaskan isu isu berkaitan Islamofobia. Mengetuai delegasi YADIM ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua […]

Peserta konvoi sebagai wira dan duta dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – “Saya anggap peserta konvoi ini sebagai wira dan duta dakwah YADIM, saya berharap usaha ini dapat berjalan lancar. “Gunalah pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan masa kini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika melepaskan peserta konvoi motosikal Jelajah Kampung Orang Asli […]