ADMY sebagai contoh pendakwah muda ikutan ramai

HULU LANGAT – “YADIM mahu lahirkan duat yang bukan sahaja mahir bercakap (dakwah), tetapi ada penampilan yang boleh dijadikan contoh. ”Kita nak lahirkan duat yang berbeza, kita mahu yang istiqamah, selagi dia jadi duat YADIM, dia jadi imej yang mewakili agensi ini, sentiasa istiqamah,”. Demikian harapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang […]

YADIM Selangor telah mengadakan Program Lestari Masjid di Kuala Selangor dan Sabak Bernam

SEMPENA Sambutan Awal Muharam 1445H pada 19 Julai, YADIM Selangor telah mengatur dua program Lestari Masjid serentak di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Bertempat di Masjid Al Abrar, Batu 2 Sepintas, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam telah mengadakan program ikonik YADIM, Cuci Cuci. Kawasan luar dan dalam masjid dibersihkan oleh anggota SAY yang hadir, diketuai […]

Program Bicara Minda Madani: Penghayatan Nilai Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam: Hijrah Pemangkin Kecemerlangan

KERJASAMA Dengan rakan-rakan agensi dalam menyebar dakwah Islamiah oleh YADIM di Terengganu tidak pernah terhenti. Menerusi Program Bicara Minda Madani: Penghayatan Nilai Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam: Hijrah Pemangkin Kecemerlangan pada 18 Julai, YADIM Terengganu bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu memberi pengisian kerohanian untuk 40 kakitangan agensi berkenaan. Pengisian disampaikan oleh Zamalah […]

Program YADIM Kolaboratif : Hijrah Diri di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

SERAMAI 100 penghuni Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menyertai program YADIM Kolaboratif : Hijrah Diri pada 18 Julai anjuran YADIM Kelantan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Johari Yap sendiri hadir memberikan pengisian untuk program ini. Beliau menyentuh mengenai penghijrahan diri di kalangan penghuni penjara kepada yang lebih baik, tanpa mengira keadaan walau di mana pun […]

Program Pemantapan Kader Dakwah di SMKA (P) Al-Mashoor, George Town

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al Mashoor, George Town, pada 19 Julai menganjurkan Program Pemantapan Kader Dakwah untuk para pelajar sekolah berkenaan. Pakar motivasi terkemuka Dr. Shereeza Sanif daripada Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia dijemput memberi pengisian. Beliau menyentuh mengenai Sahifah Madinah sebagai asas pembentukan negara […]

Penubuhan pasukan sukarelawan YADIM (SAY) yang ke-108

TAHNIAH Sukarelawan YADIM (SAY) atas penubuhan pasukannya yang ke 108! Penubuhan pasukan terbaharu di Bandar Tun Razak itu menunjukkan, gerakan kesukarelawanan dakwah ini semakin mendapat sambutan di seluruh negara. Untuk rekod, hingga kini SAY mempunyai keanggotaan berjumlah 10,463 orang di seluruh negara. SAY Bandar Tun Razak pada 19 Julai terlibat bersama Bahagian Khidmat Bakti YADIM […]

Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat memberikan sumbangan di Jenjarom

SEMPENA Awal Muharam, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengadakan program sumbangannya di Jenjarom, Kampung Kebun Bharu dan Kampung Sijangkang pada 19 Julai. Lima belas keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tinggal serta pesakit terlantar telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai untuk mereka. Pengerusi SAY Kuala Langat, Tuan Haji Hasmawi […]

Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan.

YADIM terus diberi kepercayaan memberi penerangan dalam inisiatif menanamkan kefahaman aspirasi Malaysia Madani dikalangan rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 18 Julai telah memberi pengisian sebagai panel dalam Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan. Membawakan tajuk ‘Visi dan Misi Malaysia Madani’ beliau antaranya menyentuh mengenai […]

Kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama dengan pihak berkuasa agama tersebut. Lawatan kepada Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 18 Julai itu, YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga bertujuan memperkenalkan pegawai pegawai yang baharu […]

YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023

PASIR MAS – Dengan objektif meningkatkan interaksi murid dengan Al-Quran melalui aktiviti tilawah, hafazan, tadabbur dan pengucapan awam, telah diadakan program YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023. Program anjuran YADIM Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Tendong, Pasir Mas itu disertai 154 peserta yang dipenuhi dengan pengisian […]