Program Kalam Madani Bersama Yang Dipertua YADIM

USAHA Menyebar luas dakwah dewasa ini memerlukan gerakan secara bekerjasama meliputi pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan ia benar benar berkesan. Justeru YADIM amat menghargai peranan yang dimainkan oleh setiap agensi dan rakan-rakan NGO di seluruh negara. Di Teregganu pada 30 Julai, diadakan program Kalam Madani Bersama Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin […]

YADIM Terengganu menziarahi Muhammad Hafizuddin

PERTAMA Kali memandangnya pasti akan menyangka insan yang terbaring ini ialah seorang kanak kanak. Namun hakikatnya, dia sebenarnya seorang pemuda berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf sejak lima tahun lalu. Sukar untuk membayangkan penderitaan Muhammad Hafizuddin Ismail dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk. Dia menghabiskan kebanyakan masanya dengan hanya berbaring dan memerlukan bantuan […]

Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan YADIM di Serian

SERIAN – YADIM komited memperkasa Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) badan dakwah ini di seluruh negara. Ia akan dilaksanakan melalui penambahan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) yang menerima latihan berkenaan serta kandungan dan peringkat latihan yang diberikan, kata Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan […]

Kunjungan ke Majlis Islam Sarawak

YADIM diajak untuk menambah lagi bilangan daie yang bertugas menyebar luas dakwah di Sarawak ketika ini. Ini antara cadangan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu Haji Taha dalam kunjungan YADIM kepada beliau di pejabatnya di Kuching pada 28 Julai. Menurutnya, daie perlu mempunyai kekuatan untuk bertugas di Sarawak yang mempunyai cabarannya tersendiri […]

Majlis Makan Malam Bersama Rakan Strategik YADIM Sarawak

KUCHING – Kerana dakwah itu perlu berstrategi, berpasukan, sistematik dan berdasarkan fakta dan kajian. Cabaran berdakwah masa kini memerlukan usaha yang bukan sedikit untuk menjadikannya berjaya, memerlukan sesebuah organisasi tidak boleh lagi bergerak bersendirian. Bagi memastikan inisiatif melestari geralan dakwahnya berjaya, YADIM di Sarawak menghulurkan tangan dan menyeru rakan rakan strategiknya untuk terus bekerjasama bersama […]

Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Pasir Mas

PASIR MAS – Sebanyak 20 sekolah menengah dan 39 sekolah rendah menyertai Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah anjuran bersama YADIM Kelantan dengan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada 26 Julai. Hasil bilangan penyertaan yang sangat baik itu, program peringkat Pejabat Pendidikan Pasir Mas ini lantas menarik tajaan daripada pihak seperti Vita […]

Santuni penghuni Penjara Alor Setar

KOMUNITI Penjara terus diberi perhatian dan disantuni YADIM, sesuai dengan inisiatif melestari gerakan dakwah yang dilaksanakan tanpa mengira latar belakang golongan sasaran. YADIM Kedah dan Perlis pada 26 Julai telah menyantuni penghuni Penjara Alor Setar menerusi program YADIM Interaktif yang melibatkan 180 penghuni lelakinya. Pengisian disampaikan oleh panel penceramah YADIM Kedah, Ustaz Firdaus Che Rush […]

Halaqah bersama SAY Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Telah diadakan Halaqah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani pada 25 Julai. Seramai 50 anggota SAY Sungai Petani hadir ke majlis ilmu ini, yang diadakan di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri. SAY Sungai Petani turut mengambil kesempatan ini untuk berbincang mengenai perancangan program […]

Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah

BAGI Memberi kefahaman yang mendalam mengenai Aspirasi Malaysia Madani di Kedah, YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) menganjurkan program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah pada 25 Julai. Program di Alor Setar itu dihadiri 150 wakil NGO dari seluruh Kedah. Menariknya, seramai 20 wakil NGO bukan Islam […]

Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara turut disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan termasuk kerohanian. Justeru, selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan lelaki qawwam, Bahagian Penyelarasan NGO YADIM bekerjasama dengan Markas Divisyen Pertama Infantri Kuching, Sarawak mengadakan Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam pada 25 Julai. Pegawai dan anggota beserta isteri masing-masing seramai 158 orang […]