Lestari dakwah YADIM – PROFIMA

PUTRAJAYA – YADIM dan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) sekali lagi bertemu pada 10 Julai untuk berbincang, bertukar fikiran dalam usaha bersama untuk mengadakan inisiatif menyantuni masyarakat. Ini merupakan mesyuarat susulan bagi memperincikan lagi bentuk program dan kerjasama antara kedua pihak ini. Antara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat termasuklah program program secara dalam […]

Latihan Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah

LATIHAN Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah melabuhkan tirainya hari ini (9 Julai) untuk 50 peserta yang menyertainya. Sepanjang dua hari menjalani latihan, para peserta diberi pendedahan asas kesukarelawanan menerusi modul dalam dan luar kelas seperti kemandirian, pengurusan bencana dan sesi kawad. Mereka turut diberi pengisian kerohanian oleh Daie Muda YADIM, Ali Azfar […]

Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara

BUAT Julung kalinya YADIM mengumpulkan Rakan Siswa YADIM (RSY) di Zon Utara menerusi program YADIM Murabbi: Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara pada 7 dan 8 Julai. Program ini adalah anjuran YADIM Kedah dan Perlis bersama YADIM Pulau Pinang bertempat di Damai Park Resort Merbok, Kedah. Program ini diadakan bertujuan membina dan memantapkan modul-modul yang […]

Dialog Silang Budaya Masjid Sultan Iskandar

SERAMAI 63 orang dewasa 80 kanak – kanak berbangsa Tionghua menyertai Program Dialog Silang Budaya Membentuk Masyarakat Madani di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pada 8 Julai. Mereka diberikan penerangan berkaitan Islam khususnya mengenai wuduk dan solat. selain ditunjukkan secara praktikal mengenainya. Para pelawat ini juga dibawa melawat ruang utama solat masjid dan Islamic […]

Taklimat Khas Bersama Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Unit Penyelidikan Dakwah

SELEPAS Dilantik menjadi salah seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM, Datuk Dr. Harlina Siraj sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas ALPA Penyelidikan Dakwah telah hadir mendengar taklimat khas Unit Penyelidikan Dakwah yang disampaikan oleh Dr. Masitah binti Esa pada 6 Jun. Turut hadir adalah Dr. Fatimah Syarha selaku Timbaan Pengerusi. Mereka berdua telah dimaklumkan tentang […]

DMY jangan takut beri idea!

‘Andalah yang diperlukan negara untuk memberi idea baharu dalam kerangka gerakan Islam. ‘Jangan takut beri idea!’. Sebagai pendakwah muda negara, itu yang ditegaskan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 dalam pertemuan bersama mereka pada 4 Julai di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH). Datuk Hasanuddin mengalu alukan […]

Perjalanan ADMY 2023 bermula

HULU LANGAT – Perjalanan sebenar pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) kini bermula. Seramai 28 pelatih ADMY 2023 mendaftar di Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat pada 3 Julai untuk memulakan latihan intensif selama empat bulan. Tinggal keluarga, tinggal saudara untuk episod baru dalam kehidupan mereka. Mereka hari ini diberi taklimat tentang apa […]

Perbincangan garis panduan penerbitan filem patuh syariah

BAHAGIAN Media dan Teknologi Dakwah YADIM telah mengadakan perbincangan mengenai garis panduan penerbitan filem dan drama patuh syariah bersama Pengarah Kanan Akademi Pengajian Islam Komtemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Dr. Hajar Opir dan Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Manusia, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Dr. Norrodzoh Haji Siren, pada 3 Julai. Ia merupakan susulan daripada […]

Program Ibadah Korban YADIM Bersama Masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak

”Terima Kasih pada YADIM kerana pilih tempat kami untuk program korban di Musolla Al-Hidayah Batu 12 Gombak. InsyaAllah sekiranya diberi peluang lagi untuk ibadah korban, pihak kami sedia menerimanya lagi.” Demikian ungkapan kegembiraan dan rasa terima kasih salah seorang warga Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak yang menyertai Program Ibadah Korban YADIM Bersama Masyarakat pada […]

Program Kepimpinan RBY Zon Selatan.

SERAMAI 80 kepimpinan Rakan Belia YADIM (RBY) berhimpun di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka dalam program Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Selatan. Program melibatkan para peserta dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, IKTBN Alor Gajah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan IKBTN Pagoh ini berlangsung dari 23 hingga 25 […]