Home » Langit Terbuka » Cubaan burukkan Islam

Cubaan burukkan Islam

Pendedahan beberapa wanita yang mendakwa diserang secara seksual ketika mengerjakan tawaf jelas satu cubaan untuk memburukkan imej Islam.

LONDON 10 Feb. – Dakwaan beberapa wanita menjadi mangsa serangan seksual ketika tawaf mengelilingi Kaabah jelas satu penghinaan dan cubaan untuk memburukkan imej Islam serta mencemari Kota Suci Makkah.

Perkara itu mula mendapat perhatian umum selepas seorang wanita Pakistan mendedahkan kononnya dia diserang secara seksual ketika berada di Masjidil Haram yang membawa kepada pengakuan beberapa mangsa lain senasib dengannya.

Daily Mail melaporkan majoriti daripada wanita terbabit mendakwa mereka disentuh atau menjadi mangsa serangan seksual ketika melakukan tawaf sewaktu umrah atau mengerjakan Rukun Islam Kelima.

Menerusi pendedahan dibuat Sabica Khan yang dikongsi secara meluas di Facebook, dia mendakwa seseorang memegang pinggangnya selain cuba meraba punggungnya ketika tawaf.

Perkongsian itu turut mendapat lebih 840 komen, yang mana ramai wanita berkongsi pengalaman mereka diserang secara seksual ketika di Masjidil Haram.

Pendedahan yang mungkin sebahagian daripada propaganda Barat itu membawa kepada penggunaan #MosqueMeToo yang mula digunakan secara meluas sejak kelmarin dan hashtag tersebut dikongsi 2,000 kali dalam tempoh kurang 24 jam. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *