Home » Citra Yadim » Daie YADIM Sabah beri pendedahan ilmu pengurusan jenazah

Daie YADIM Sabah beri pendedahan ilmu pengurusan jenazah

Dakwah itu menyatukan bukan memecahbelahkan, dakwah itu mendidik bukan mengherdik. Berbekalkan kata-kata semangat inilah menjadikan Daie Yadim Sabah Annisa binti Kifli terus bersemangat dalam dunia dakwah.
Hari ini, 13 November 2023 (Isnin) disaat cuti umum sambutan Deepavali, program dakwah tiada istilah cuti. Malah Yadim meneruskan inisiatif dakwahnya melalui para daienya.
Berbekalkan semangat mahu menyebar luas dakwah di bumi Borneo ini maka Daie Annisa menerima tanggungjawab sebagai penceramah jemputan bagi program pengurusan jenazah untuk kaum wanita.
Program yang diadakan di Surau Annur Rahim Kampung Sailan Putatan Sabah ini diadakan dengan kerjasama IKRAM Putatan.
Seramai 30 orang peserta yang menyertai kursus yang bermula jam 7.30 pagi ini tamat pada 12.30 tengah hari ini diberikan sumbangan daripada Pejabat Zakat Negeri Sabah.
Inilah antara inisiatif Yadim untuk menyebar luas pendidikan kepada komuniti masyarakat pedalaman melalui para daienya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *