Home » Citra Yadim » Daie YADIM Sabah istiqamah melestari ilmu fardhu kifayah

Daie YADIM Sabah istiqamah melestari ilmu fardhu kifayah

Tahniah kepada Daie YADIM Sabah Ustaz Mohd Alfian bin Rasiman yang tidak lelah dan penat menyebar luas pendidikan kepada komuniti masyarakat yang tinggal di perkampungan pedalaman Sabah seiring dengan misi dan visi YADIM.
YADIM yang mempunyai barisan para daie dari masyarakat Orang Asli, masyarakat komuniti, Sabah dan Sarawak sentiasa bergerak aktif untuk menyebar pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Tarikh 11 November 2023 (Sabtu) menjadi satu lagi penanda aras kepada Daie Sabah Mohd Alfian bin Rasiman apabila berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Kariah Tagudon Lama. Program ini diadakan di Masjid Al Falah Kampung Tagudon Lama, Ranau.
Para peserta yang terdiri daripada 50 orang lelaki, 40 orang perempuan itu telah didedahkan dengan Ceramah Kematian terlebih dahulu.
Kemudiannya para peserta telah diajarkan urusan mengkafankan, memandikan, menyolatkan dan mengebumikan jenazah.
Program ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS RANAU) dengan kerjasama YADIM, HCBT dan KDMRS.
Lebih menarik lagi program ini melibatkan 5 buah perkampungan yang terdiri daripada Kampung Tagudon Lama, Kampung Sosondoton, Kampung Terlobou, Kampung Ratau dan Kampung Pulutan.
Sebelum ini, Daie Mohd Alfian Bin Rasiman telah dianugerahi Anugerah Khidmat Cemerlang Yadim 2022 kategori Daie.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *