Home » Citra Yadim » Dapur Madani inisiatif YADIM Terengganu

Dapur Madani inisiatif YADIM Terengganu

LENSA Dapur Madani inisiatif YADIM Terengganu di Taman Cikgu Ismail Yusof 2, Banggol Donas, Kuala Terengganu.
Mula dibuka pada 24 November, seramai 14 Sukarelawan YADIM bertugas di dapur ini yang memasak dan mengedar kira-kira 100 pek makanan untuk mangsa banjir di taman berkenaan.
Melihat kepada situasi banjir ketika ini yang masih belum menunjukkan tanda akan bertambah baik, YADIM akan terus bersiap siaga dan sedia menyumbang serta menyantuni mangsa bencana berkenaan.
Inisiatif Dapur Madani akan diteruskan oleh Sukarelawan YADIM Terengganu mengikut perkembangan semasa banjir di negeri itu.
Ketika bencana banjir tahun lalu, YADIM Terengganu menyediakan dapur untuk menyantuni mangsa banjir di beberapa lokasi seperti Marang, Hulu Besut dan Kuala Terengganu.
Saban tahun, Sukarelawan YADIM tidak ketinggalan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *