Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat menyantuni keluarga miskin dan anak yatim

SAY Kuala Langat menyantuni keluarga miskin dan anak yatim

SETIAP Jumaat Sukarelawan YADIM Kuala Langat tidak pernah lupa untuk menyantuni komuniti daerah berkenaan yang kurang bernasib baik.
Pada 24 November, 20 keluarga miskin dan anak yatim di Kampung Sungai Buaya, Kampung Kebun Bharu, Kampung Sijangkang dan Kampung Sungai Rambai menerima sumbangan makanan daripada mereka.
Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, EncikRoslan Haji Yaacob telah menyampaikan sumbangan berkenaan.
SAY Kuala Langat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin membantu dan bekerjasama dengan mereka bagi mengurangkan beban mereka yang memerlukan di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *