Home » Langit Terbuka » Dapur Penjara Marang miliki sijil pengesahan halal

Dapur Penjara Marang miliki sijil pengesahan halal

Mohd. Azam (dua dari kanan) menyampaikan sijil pengesahan halal Jakim kepada Wan Sani pada majlis di Penjara Marang. - Foto Kosmo

MARANG – Dapur Penjara Marang di sini muncul pusat tahanan dan pemulihan pertama di Semenanjung Malaysia menerima sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Penjara Marang, Wan Sani Ab. Latiff berkata, inisiatif itu diambil pihaknya sebagai menyahut seruan Jabatan Penjara untuk meningkatkan kualiti penyediaan sajian bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada penghuninya.

Beliau berkata, sebelum ini, Unit Sajian Penjara Marang sering menerima teguran daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang melakukan lawatan berkala.

“Sehubungan itu, kita menyahut cabaran itu bagi melakukan penambahbaikan dengan memohon sijil pengesahan halal Jakim kerana sedia maklum prosedurnya ketat dan menyeluruh.

“Premis ini bukan sahaja menyediakan bahan makanan halal malah memiliki tahap kebersihan dan keselamatan tinggi untuk layak memiliki sijil itu,” katanya selepas menerima sijil tersebut daripada Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam Terengganu, Mohd. Azam Awi di sini hari ini.

Wan Sani berkata, Penjara Marang merupakan pusat tahanan dan pemulihan kedua di negara ini selepas Penjara Tawau, Sabah yang memiliki sijil pengesahan halal Jakim berkenaan. – Kosmo

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *