Home » Citra Yadim » Dua program ilmu YADIM Pulau Pinang

Dua program ilmu YADIM Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Penduduk di sini dan Bagan Lalang berpeluang menghadiri dua program ilmu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 19 dan 21 Julai ini.

Kedua dua program ini akan menampilkan Ustaz Dr Tarmizi Abd Razak, personaliti Astro Oasis serta Murabbi Pencetus Ummah (PU) dan PU Azraie.

Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang Afifi Ruslan berkata, program pada Jumaat ini ialah Forum Perdana Nibong Tebal, yang akan diadakan di Masjid Sungai Kechil bermula jam 8 malam.

“Mereka bakal membicarakan tajuk ‘Nikmat Yang Didustakan’,” ujar beliau sambil memberitahu program ini merupakan anjuran YADIM dan Masjid Sungai Kechil.

Sementara pada 21 Julai pula ialah program Forum Perdana dengan tajuk ‘Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Rasa Sakit’,katanya yang juga akan bertindak selaku moderator dalam kedua dua rancangan.

Ia akan diadakan di Surau An Nur, Taman Bagan Lalang yang merupakan anjuran YADIM, Surau An Nur, Masjid Jamek Sungai Puyu serta Uwais Corporation Media.

“Program bersama komuniti di Nibong Tebal dan Bagan Lalang ini antara lain bertujuan menyampaikan dakwah Islamiah, serta untuk memperkenalkan YADIM Negeri Pulau Pinang kepada masyarakat,” ujar beliau.

Untuk itu katanya lagi, masjid dan surau dapat dijadikan platform untuk mendekati masyarakat setempat.

“Program ini bukan sajaja untuk berforum, tetapi juga menarik minat dan mengenal pasti mereka yang berhasrat menyertai program program dakwah dan kebajikan YADIM contohnya seperti pasukan Sukarelawan Al Falah di sini, yang diyakini dapat membantu gerak kerja badan dakwah ini dalam segenap peringkat,” jelas Afifi.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *