Home » Citra Yadim » Dialog silang budaya Malaysia Hong Kong

Dialog silang budaya Malaysia Hong Kong

YADIM Johor bersama rakan strategik Waqaf Annur Corporation, MACMA Cawangan Johor dan PERKIM Cawangan Johor diberi peluang menyusun program sempena program silang budaya Malaysia Hong Kong anjuran Southern University College pada 15 Jun.

Ia bertujuan menghilangkan salah faham berkenaan Islam dan menyampaikan keindahan agama ini.

Seramai 51 pelajar bukan Muslim berbangsa Cina menyertai program ini bersama lima pegawai pengiring.  Mereka dibawa melawat Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn yang merupakan Masjid Pelancongan di bawah seliaan Waqaf Annur Corporation.

Di lokasi program para peserta diberikan penerangan berkaitan sejarah masjid dan seni bina. Sukarelawan Pendakwah Bahasa Cina, Ustaz Mohd Ridhuan Tan Abdullah yang juga Eksekutif Waqaf Annur memberikan penerangan berkaitan solat dalam Islam dalam program ini. Para peserta juga dibawa melawat Islamic Informatian Centre yang mengandungi maklumat berkaitan Islam.

Seterusnya, para peserta mendengar syarahan bertajuk ‘Ketamadunan Islam dan Sains’ yang disampaikan oleh Presiden MACMA, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Hun Yin. Para peserta juga menyertai kuiz di akhir syarahan dan menerima hadiah sumbangan pihak Al-Ikhlas.

Pihak Southern College diwakili Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Dr Tan Meng Zheng. Hadir bersama ialah Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah, Ketua Pegawai Operasi  Waqaf Annur,Tuan Haji Mohd Bahrin Bakri, Pengerusi MACMA Cawangan Johor, Tuan Haji Saiful Choo  Abdullah dan Pegawai PERKIM Johor, Ustaz Ghazali.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *