Home » Langit Terbuka » Dong Zong, Beri Betis, Nak Paha – MAIM

Dong Zong, Beri Betis, Nak Paha – MAIM

Dr Amini Amir Abdullah, Pengerusi Kluster Pendidikan MAIM

Kuala Lumpur: Permintaan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) yang menuntut agar jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ditambah lagi ibarat “beri betis nak peha”, demikian menurut Pengerusi Kluster Pendidikan, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Dr Amini Amir Abdullah.

Beliau berkata, perwakilan puak-puak chauvinis dan opportunis itu dilihat cuba mengambil kesempatan dan tuntutan mereka boleh dilihat sebagai menangguk di air keruh memandangkan PRU14 sudah semakin hampir.

Menurut beliau, Dong Zong berbohong apabila mendakwa negara kita memerlukan sekurang-kurangnya 34 sekolah rendah Cina baharu bagi memenuhi permintaan rakyat khususnya masyarakat Cina.

“Kenapa dikatakan mereka berbohong? Ini adalah kerana sekolah jenis kebangsaan sedia ada boleh menampung semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kenapa masih mahu SJKC sedangkan ia membawa kepada polarisasi kaum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar dakwaan Dong Zong bahawa penguasaan Bahasa Melayu di kalangan produk SJKC adalah baik.

“Ini adalah tidak benar kerana kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu (bahasa kebangsaan) dan juga kurang boleh berkomunikasi serta menulis dengan baik. Mereka juga tidak berpeluang untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bergaul dengan bangsa-bangsa lain. Apatah lagi nak bermuafakat atau bersatu padu,” ujarnya lagi.

Beliau juga melahirkan rasa hairan mengapa Dong Zong tidak mahu anak-anak Cina belajar dan bergaul bersama-sama di sekolah kebangsaan sedangkan perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk pada peringkat pendidikan rendah dan menengah.

Tambahnya, kajian menunjukkan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan etnik Melayu berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Shamsul Amri, 2012).

Baru-baru ini, Presiden Dong Zong Datuk Vincent Lau berkata walaupun kerajaan telah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baru dan pemindahan enam sekolah rendah Cina, jumlah itu masih tidak cukup.

Dalam Bajet 2018, sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan demi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah-Sekolah Mubaligh, manakala hanya RM50 juta telah diperuntukkan untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. – MENARA.MY

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *