Home » Langit Terbuka » Dua kubur besar mangsa Daesh ditemukan di Syria

Dua kubur besar mangsa Daesh ditemukan di Syria

DAMSYIK 30 Dis. – Dua kubur besar mengandungi berpuluh-puluh mayat penduduk tempatan dan tentera Syria yang dibunuh oleh kumpulan pengganas Daesh ditemukan di barat wilayah Raqa, lapor agensi berita tempatan, SANA semalam.

Penemuan kubur berkenaan adalah berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh penduduk berdekatan Wawi di barat wilayah terbabit.

SANA memetik sumber dari pertahanan awam Syria sebagai berkata, operasi mengeluarkan kesemua mayat akan dilakukan selama beberapa hari berikutan kawasan dua kubur tersebut yang luas.

Tambah SANA, masih belum diketahui punca sebenar mereka dibunuh oleh Daesh.

Daesh yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘khalifah’, menguasai sebahagian besar Syria dan Iraq sejak tahun 2014, namun kini telah kehila­ngan kesemua wilayah taklukannya.

Sepanjang penguasaan mereka, Daesh banyak terlibat dalam pelbagai kekejaman seperti pembunuhan beramai-ramai.

Pada tahun 2014, seramai 230 mayat yang dibunuh oleh Daesh dijumpai di sebuah kubur di utara wilayah Deir Ezzor.

Manakala 200 penduduk tempatan lain, termasuk kanak-kanak dan wanita, dibunuh oleh kumpulan terbabit di bandar Kobane pada bulan Jun 2015. – AFP

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *