Home » Citra Yadim » Kerjasama program impak tinggi YADIM – Kumpulan Karangkraft

Kerjasama program impak tinggi YADIM – Kumpulan Karangkraft

SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraft sedia membantu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam penganjuran program program berimpak tinggi, kata Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacub.

Husamuddin menjelaskan, pihaknya mempunyai kepakaran dari segi penjenamaan  dan boleh membantu YADIM dari aspek berkenaan.

“Fenomena sekarang menyaksikan ramai orang Islam tidak memahami agama mereka sendiri dengan baik dan ini memerlukan kerja-kerja dakwah dijalankan secara berkesan.

“Saya berpendapat dakwah perlu dilaksanakan secara bersama-sama bagi membentuk satu gelombang besar yang boleh mengubah pemikiran umat Islam kepada satu bentuk pemikiran yang bertepatan dengan ajaran Islam sebenar,” kata beliau.

Husamuddin berkata demikian dalam sesi perbincangan bersama YADIM, sempena lawatan badan dakwah itu ke pejabat Kumpulan Karangkraft di sini pada 16 Julai lalu.

Delegasi YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah, Dr. Masitah Esa serta  pegawai dan kakitangan Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah.

Selain Husamuddin, mewakili Karangkraft dalam sesi perbincangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Mohd Izam bin Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff, Ketua Editor, Datuk Baharom Mahusin serta Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan Al-Quran, Ahmad Yani Abd Manaf.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kerjasama pihaknya itu, Husamuddin menambah, Karangkraf bersedia membantu dari segi melaksanakan program berimpak tinggi sebagaimana pelaksanaan program Quran Hour.

Tambahnya, program ini bermula pada 2013 dan telah berjaya dikembangkan dengan berkesan ke pelbagai pihak termasuk ke luar negara.

Ia bertujuan untuk meningkatkan interaksi masyarakat dengan al-Quran melalui pembacaan dan kefahaman.

Dalam reaksi balasnya, Nik Omar berkata, pihaknya sememangnya ingin belajar dari Kumpulan Karangkraf tentang bagaimana menghasilkan program-program berimpak tinggi.

“Pengalaman Karangkraf sebagai sebuah syarikat yang berasaskan keuntungan tetapi aktif dalam kegiatan dakwah adalah sesuatu yang perlu dipelajari, “ ujarnya.

Sementara itu, Tuan Kamarul mencadangkan pembentukan jawatankuasa kerja yang memfokuskan empat perkara sebagai permulaan kerjasama antara kedua pihak.

Kerjasama tersebut cadang beliau ialah menaikkan penjenamaan program YADIM menggunakan kepakaran Kumpulan Karangkraf, kerjasama dari segi penerbitan buku, membantu YADIM dari segi media termasuk YADIM TV serta menjalinkan kerjasama dari segi program-program dakwah yang diinisiatifkan oleh Karangkraf.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *