Home » Langit Terbuka » Dunia tangisi pemergian ‘malaikat rahmat Pakistan’ Abdul Sattar Edhi

Dunia tangisi pemergian ‘malaikat rahmat Pakistan’ Abdul Sattar Edhi

PENGASAS badan kebajikan terbesar di Pakistan, Edhi Foundation, Abdul Sattar Edhi meninggal dunia pada Jumaat di Karachi, lapor Agensi.

Berusia 88 tahun, Abdul Sattar meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang yang berlarutan sejak tahun 2013.

Selepas ibunya meninggal dunia diserang angin ahmar ketika Abdul Sattar berusia 19 tahun, dia mula mengabdikan hidupnya membantu golongan miskin dan tidak berupaya.

Abdul Sattar terkenal dengan pelbagai gelaran seperti ‘malaikat rahmat’ dan ‘manusia miskin terkaya di dunia’.

Netizen seluruh dunia terutamanya warga Pakistan menyifatkan pemergian Abdul Sattar sebagai kehilangan besar.

Jasa dan komitmennya dalam bidang kemanusiaan meninggalkan kesan mendalam di Pakistan.

Segalanya bermula apabila Abdul Sattar melihat seseorang terlantar di tepi jalan akibat demam selesema yang teruk tanpa rawatan.

“Saya letak beberapa bangku di tepi jalan dan ajak pelajar perubatan untuk membantu secara sukarela. Saya tiada wang, jadi saya mengemis di jalanan dan orang ramai membantu,” ujarnya dalam satu temubual bersama NPR pada tahun 2009.

Kini Yayasan Edhi menguruskan hospital, rumah anak yatim, rumah mayat, pejabat bantuan guaman, dan rumah perlindungan untuk gelandangan dan penagih dadah.

Yayasan tersebut turut diiktiraf sebagai pembekal perkhidmatan ambulans terbesar di dunia dengan lebih 2,000 buah ambulans yang beroperasi 24 jam.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-dunia/dunia-tangisi-pemergian-malaikat-rahmat-pakistan-abdul-sattar-edhi-110513

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *