Home » Langit Terbuka » Enam ditemukan maut dalam kebakaran di ICU HSA

Enam ditemukan maut dalam kebakaran di ICU HSA

JOHOR BAHRU 25 Okt. – Polis mengesahkan seorang lagi pesakit maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada enam orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua enam mangsa terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan seorang lagi pesakit melecur 80 peratus manakala tiga jururawat sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

“Kesemua mangsa ditemukan rentung di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) zon selatan hospital. Mangsa yang yang terselamat dan ketiga-tiga jururawat berkenan telah diberikan rawatan di bangunan lain.

“Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada lintas pintas daripada wad berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sulaiman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ketika kejadian terdapat tujuh pesakit dan lapan jururawat. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *