Home » Langit Terbuka » Enggan memakai tudung, calon presiden Perancis batal pertemuan dengan mufti

Enggan memakai tudung, calon presiden Perancis batal pertemuan dengan mufti

BEIRUT, 22 Februari  – Calon presiden sayap kanan Perancis, Marine Le Pen membatalkan pertemuannya dengan Mufti Lubnan selepas diminta untuk memakai tudung.

Marine dijadualkan bertemu dengan Mufti Besar Sunni, Sheikh Abdul Latif Derian pada Selasa, namun memutuskan supaya membatalkannya selepas enggan mengenakan tudung.

Dia kini dalam rangka lawatan dua hari ke Lubnan.

“Kamu boleh sampai salam hormat saya kepada mufti besar, tetapi saya tidak akan menutup kepala saya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap mufti, Khaldoun Awas memberitahu pemberita, beliau terkejut dengan pembatalan Marine itu, kerana dia telah dimaklumkan sebelum pertemuan diadakan untuk memakai tudung.

“Saya secara peribadi mengucapkan salam di pintu masuk Edict House dan mahu menyerahkan tudung putih yang berada di tangan saya kepadanya, namun dia menolak.

“Saya meminta dia untuk memakai tudung itu, dia menolak dan berkata bahawa dia tidak akan memakainya, sebelum meninggalkan tempat itu tanpa bertemu dengan mufti. Edict House kesal dengan sikapnya yang tidak profesional dalam mesyuarat begitu,” kata Khaldoun.

Undang-undang Perancis sebelum ini mengharamkan pemakaian tudung dan simbol-simbol agama lain di sekolah. Marine mencadangkan supaya undang-undang 2004 itu di perluaskan.

Marine juga pernah menyatakan hasratnya jika dipilih sebagai Presiden Perancis, semua masjid dan tempat pembelajaran Islam akan ditutup.- Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *