Home » Citra Yadim » GPS beri kesan positif kepada bakal siswazah

GPS beri kesan positif kepada bakal siswazah

PUTRAJAYA 23 Februari – Program Gerbang Pra-Siswa (GPS) 2017 yang telah berlangsung pada 14 Januari hingga 6 Februari lalu di 13 lokasi seluruh negara telah memberikan impak positif kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamani Karulani berkata, rata-rata peserta yang ditemui memberikan respons yang positif dan berpendapat GPS 2017 telah memperluaskan pandangan mereka mengenai pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Mereka berpendapat program GPS telah memberi inspirasi bukan sahaja dari segi kehidupan di universiti tetapi lebih luas lagi daripada itu iaitu untuk menabur jasa kepada masyarakat dan tidak sekadar menjadi penuntut IPT yang belajar untuk lulus peperiksaan,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program GPS pelbagai aspek telah diberikan penekanan seperti pemilihan kursus, kehidupan sebagai seorang siswazah, kepimpinan, perkara-perkara berkaitan kewangan dan sebagainya.

Katanya, program berkenaan yang membawa tema `Selangkah Bersama Menggapai Cita’ antara lain bertujuan untuk membolehkan satu perkongsian di antara siswazah dan lepasan sekolah mengenai hala tuju selepas STPM, STAM dan SPM.

“Dengan adanya perkongsian itu, secara tidak langsung akan mendedahkan kepada peserta tentang alam mahasiswa dan kehidupan kampus serta di samping dapat memperkenalkan Sahabat YADIM sebagai platform pelajar dan mahasiswa untuk menyumbang kepada masyarakat.

Kataya, pada keseluruhannya seramai 1,619 peserta hadir dalam program GPS 2017 iaitu Sabah (145), Sarawak (86), Terengganu (144), Pahang (140), Kelantan (115), Negeri Sembilan (126), Kedah (114), Johor (112), Melaka (146), Perlis  (101), Pulau Pinang (108), Perak (135) dan Wilayah Persekutuan/ Selangor (147).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *