Home » Citra Yadim » Forum Hal Ehwal Islam Hulu Terengganu

Forum Hal Ehwal Islam Hulu Terengganu

FELDA MENGKAWANG – Kembara Rahmah Peringkat Daerah Hulu Terengganu diteruskan dengan majlis ilmu pada sebelah malam.

Bertempat di Masjid Felda Mengkawang di sini, telah diadakan Forul Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Islam Rahmah Untuk Semua’, sebagai pengisian kepada program Kembara Rahmah Hulu Terengganu.

Ia menampilkan Timbalan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Dr Yap Guan Kheng (Johari Yap) sebagai ahli panel.

Lebih 350 orang menghadiri majlis ilmu ini yang dimulakan dengan ucapan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid pada kira kira jam 8 malam.

Kedua ahli panel memberi penerangan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin dan konsep rahmah yang kini diterapkan oleh kerajaan, serta mengenai bagaimana melaluinya Islam sebenarnya membawa rahmat kepada semua pihak.

Ahli panel juga memberi penekanan mengenai kepelbagaian budaya, agama dan latar belakang di negara ini yang perlu diraikan.

Menurut mereka, amalan menghina, serta mencaci maki orang lain, meskipun tidak sependapat, terutamanya kepada golongan bukan Islam perlu dielakkan. Ini perlu bagi memperlihatkan Islam sebagai agama yang penuh kasih sayang serta membawa rahmah kepada sekalian alam.

Golongan bukan Islam perlu didekati selain dijadikan sasaran dakwah, dan bukannya dianggap sebagai musuh, jelas kedua ahli panel.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *