Home » Langit Terbuka » Kerjasama Strategik Etiqa Takaful-YaPEIM terus ditambah baik

Kerjasama Strategik Etiqa Takaful-YaPEIM terus ditambah baik

Inisiatif antara Yapeim dan Etiqa Takaful adalah untuk terus memberi khidmat dan bantuan berbaloi kepada golongan sasar terutamanya B40 - Foto Yapeim

TELUK INTAN – Kerjasama strategik dijalin Etiqa Takaful dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sejak 2018, terus ditambah baik melalui penawaran tiga lagi produk baharu mampu dilanggan semua lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab. Halim berkata, ketiga-tiga jenis produk baru ditawarkan iaitu Kumpulan Mutiara PIusTakaful, Takaful Flexi PA dan Takaful Cash Care PA, mampu menyokong agenda meluaskan pelindungan takaful bagi semua kelompok rakyat terutamanya B40.

“Sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan insurans nasional terkemuka bercita-cita untuk mendapatkan seramai mungkin rakyat Malaysia dilindungi oleh perlindungan takaful, perkongsian strategik antara Etiqa Takaful dengan YaPEIM ini mampu memberikan manfaat kira-kira 700,000 ahli termasuk pelanggan dan kakitangan YaPEIM, dengan segmen besarnya kelompok rakyat B40.

“Inisiatif ini antara usaha dan komitmen bersama Etiqa Takaful dan YaPEIM untuk terus memberi khidmat dan bantuan berbaloi kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis pelancaran Tiga Produk Etiqa Takaful sempena Jalinan Rakan Korporat Koperasi YaPEIM & Etiqa di Ar-Rahnu YaPEIM, Teluk Intan di sini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan, Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi dan Pengurusan YaPEIM selain turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *