Home » Citra Yadim » Forum Perdana Bawa Tajuk “Adab Bermasyarakat dan Keharmonian

Forum Perdana Bawa Tajuk “Adab Bermasyarakat dan Keharmonian

MACHANG – Forum Perdana bertemakan “Adab Bermasyarakat dan Keharmonian” yang berlangsung di Masjid Al-Ihsan, Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 500 orang jemaah.

Forum pada 17 Oktober ini menampilkan dua orang panel jemputan iaitu Ustaz Rosli Husin dan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, manakala sesi perbincangan dipandu oleh moderator, Penolong Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Muhammad Nur Iqbal bin Mohd Shafie,.

Hadir sama ialah Imam Muda Masjid Al-Ihsan, Ustaz Nik Mohd Alif Aiman Nik Zulkifli.

Penganjuran forum ini diharapkan dapat menyemarakkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga adab dalam kehidupan bermasyarakat, memupuk sikap saling menghormati serta memperkukuh ukhuwah demi membina komuniti yang harmoni, bersatu padu dan sejahtera.

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi panduan dan amalan bersama dalam kehidupan seharian.

 

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *