Home » Langit Terbuka » Gaji cecah RM2,000 wajib potongan PTPTN

Gaji cecah RM2,000 wajib potongan PTPTN

Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000 - Foto Buletinonline.net

KUALA LUMPUR – Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata perkara itu diputuskan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri, 23 November lalu.

Katanya, Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.

“Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH DAP-Ipoh Timur) mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk pelajar separuh masa yang mendapat keputusan kelas pertama.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula.

Nie Ching berkata, seramai 53,113 peminjam diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kerana memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 37,355 adalah penuntut universiti awam (UA) dan 15,758 orang daripada institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

“Kita belum bercadang memanjangkan pengecualian itu kepada peminjam yang mengikut kursus secara separuh masa,” katanya.

Beliau menjelaskan, jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang diterima bermula Jun hingga September lalu adalah sebanyak RM817.75 juta. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *