Home » Langit Terbuka » Haji: Malaysia Jadi Negara Pertama Peroleh Kebenaran Operasi Pusat Kesihatan

Haji: Malaysia Jadi Negara Pertama Peroleh Kebenaran Operasi Pusat Kesihatan

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

MAKKAH: Bagi dua tahun berturut-turut, Malaysia menjadi negara pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pusat kesihatan Tabung Haji (TH) di Madinah lulus saringan dan pemeriksaan ketat Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas.

“Ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada perkhidmatan kesihatan dan juga menunjukkan persediaan kita serta fasiliti yang ada telah mencapai satu tahap tinggi yang membolehkan kepada kebenaran beroperasi ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Jelasnya saringan pada tahun ini lebih ketat berbanding tahun lepas dengan negara perlu memenuhi kriteria dari segi fasiliti, peralatan, ruang beroperasi, jumlah pakar perubatan dan pengurusan sisa klinikal.

Syed Saleh berkata amalan dan prosedur operasi standard (SOP) sektor kesihatan Malaysia membantu kelulusan berkenaan, selain hubungan baik Malaysia-Arab Saudi khususnya rombongan haji negara dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Dari segi nisbah kemudahan yang disediakan seperti katil dan doktor dengan jumlah jemaah haji, saya rasa kita tidak dapat menafikan bahawa kita yang terbaik dan tertinggi berbanding dengan pihak lain,” katanya.

Sementara itu, Syed Saleh memaklumkan seramai 9,078 jemaah haji telah tiba di Tanah Suci menaiki 30 penerbangan dengan 6,112 kini berada di Madinah dan 2,966 di Makkah.

Beliau berkata setakat ini, enam jemaah haji dimasukkan ke wad pusat kesihatan TH di Madinah manakala dua di Hospital Arab Saudi di Makkah akibat masalah kesihatan.

Menurutnya seorang daripada jemaah cedera di kaki akibat terjatuh manakala yang lain mengalami jangkitan paru-paru dengan kesemua mereka yang berumur 60 tahun ke atas berada dalam keadaan stabil.

Katanya ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai situasi jemaah haji berkenaan. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *