Home » Citra Yadim » Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H

Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H pada 9 November.

Dihadiri lebih 300 penduduk dari Program Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini, ia merupakan program dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Belia Seri Cempaka dan Yayasan Taqwa.

Program dimulakan pada jam 2 petang dengan ziarah rahmah kepada 10 buah keluarga asnaf di PPR Seri Cempaka. Mereka disantuni dengan pemberian sedikit barangan keperluan harian sumbangan YADIM.

Antara yang menyertai ziarah rahmah ini termasuklah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Syahrizal Mat dan Penolong Pengarah Bahagian, Muhammad Muzzammil Musbah serta wakil wakil penduduk.

Selepas berehat, program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah serta sesi tazkirah. Solat Isyak kemudiannya diimamkan oleh Daie Aiman Sufyan Azeman (Daie Aiman) di Surau Nurul Iman di PPR tersebut.

Penduduk kemudiannya berhimpun di perkarangan dataran PPR berkenaan, sebelum imam Surau Nurul Iman, Haji Jani memimpin bacaan doa.

Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka, Azaman Roy kemudiannya memberikan ucapan aluan dan diikuti oleh ucapan perasmian majlis oleh Syahrizal.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan berzanji dan marhaban beramai ramai diikuti selawat dan bacaan doa. Daie Aiman selepas itu menyampaikan Tausiyah Maulidur Rasul berjudul Rasulullah Rahmat Sekalian Alam.

Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM merancang untuk mengadakan lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *